Peristiwa 2009 KUTMB
Catatan Peristiwa
7-11 September 2009 - Promosi Jualan Sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Dataran Agora UTM.
September 2009 - Semakan Skim Gaji Baru staf Koperasi dilaksanakan pada September 2009.
September 2009 - Staf Koperasi telah mendapat bonus tahunan sebanyak 3/4 daripada gaji.
Ogos 2009 - Perlantikan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan telah diadakan iaitu Eksekutif Kewangan & Pentadbiran KOOP KL, Eksekutif Pemasaran KBC, Eksekutif Kewangan KBC, Penyelia Projek Khas dan Kerani Kewangan.
11 Ogos 2009 - Taklimat perniagaan berkenaan cacing, lintah dan keli telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Koperasi yang pesertanya terdiri daripada anggota Koperasi.
Jun 2009 - En. Abdul Karim b Abdul Aziz telah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Koperasi dan tempat beliau telah digantikan Tn. Hj. Muslim b Jonid pada 15 Julai 2009.
23 Jun 2009 - Persaraan En. Hussein b Sanudin sebagai Pemandu KOOP dan tempat beliau telah digantikan saudara Jalil b Sapar pada Oktober 2009.
10 Jun 2009 - Koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan bertempat di Rumah Alumni, UTM.
30 April 2009 - Perletakan Jawatan Pengurus Koperasi UTM Berhad, En. Nordin b Amat.Kekosongan tersebut telah diisi oleh Tn. Hj. Ahmad b Said mulai 15 Jun 2009.
1 Oktober 2010 - Jamuan Hari Raya AidilfitriJamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Jumaat ( 01hb Oktober 2010 ) bersamaan 22 Syawal 1431 Hijrah di Rumah Alumni UTM bagi menjamu semua anggota Koperasi UTM Berhad. Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 1000 orang staf UTM.
9 Ogos 2010 - Lawatan Ke Koperasi Tentera
Satu lawatan ke Koperasi Tentera iaitu Koperasi Terbaik Malaysia telah diadakan. Seramai 25 orang kakitangan/staf Koperasi UTM Berhad serta 5 orang Ahli Lembaga Koperasi telah menyertai lawatan tersebut. Objektif lawatan adalah untuk melihat sendiri bagaimana Koperasi Tentera memproses permohonan pinjaman anggota-anggota mereka, bagaimana pihak pengurusan terlibat dalam proses tersebut serta susun atur kerja pemprosesan data permohonan.
2 Jun 2010 - Mesyuarat Agung Kawasan Skudai
Mesyuarat Agung Kawasan Skudai telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Mesyuarat ini dihadiri oleh ALK, anggota koperasi UTM Skudai, pengurus, penolong
pengurus bahagian serta kakitangan Koperasi. Mesyuarat bermula jam 2 petang dan berakhir kira – kira 4.30 petang serta telah dihadiri oleh 766 anggota Koperasi Skudai.
19 Mei 2010 - Mesyuarat Agung Kawasan Kuala Lumpur
Mesyuarat Agung Kawasan Kuala Lumpur diadakan di Dewan Jumaah, UTM City Campus Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dihadiri oleh ALK, anggota koperasi di UTM KL, pengurus serta penolong pengurus bahagian. Mesyuarat bermula jam 2 petang dan berakhir kira – kira jam 4.30 petang dan telah dihadiri oleh 320 anggota Koperasi KL.
15 Mei 2010 - Perjumpaan Staf dan Bengkel Aturan
Satu perjumpaan diantara staf dan wakil ALK iaitu Tn Hj Abu Bakar B Mohd Salleh dan En Azri B Hohad telah. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan aturan – aturan baru Koperasi UTM Berhad. Satu majlis penghargaan juga diadakan sempena penamatan kerja staf, saudari Maslina Bt Zakaria yang akan berpindah ke tempat kerja baru.
6 ~ 7 April 2010 - Kursus Asas Tanggungjawab Anggota & Perundangan Koperasi
Kursus telah diadakan di Hotel Selesa, JB anjuran Angkasa dan telah dihadiri oleh seramai 32 orang terdiri daripada anggota Koperasi UTM dan koperasi – koperasi lain.
19 ~ 21 Mac 2010 - Bengkel Perancangan Strategik
Bengkel Perancangan Strategik telah diadakan di Hotel Naza Talyya Melaka Bengkel ini dihadiri oleh semua ALK, pengurus , Penolong Pengurus, Eksekutif Kewangan Kanan dan Eksekutif Kewangan & Pentadbiran KL serta Penyelia Projek. Bengkel ini diadakan bagi membincangkan perancangan tahunan Koperasi bagi meningkatkan prestasi kerja setiap bahagian.
16 Januari 2010 - Perjumpaan Staf Bersama ALK
Perjumpaan diantara kakitangan Koperasi UTM Berhad dan ALK telah diadakan. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi semangat dan iltizam kepada kakitangan agar menjalankan tugas dengan dedikasi sempena tahun baru. Satu majlis penghargaan juga diadakan sempena penamatan kerja seorang kakitangan koperasi iaitu saudara Norman Zaire B Rosle yang akan berpindah ke tempat kerja baru.
Tuesday 18 October, 2011 12:01