TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

1. Tajuk

  1. Aturan ini adalah dinamakan “Aturan Tabung Khairat Kematian’ Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
  2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang kecil 45(2)(w) dan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.

2. Tafsiran

Didalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang  berlainan maknanya. Maka tafsiran berikut adalah dipakai:-

‘Koperasi’
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘anggota’
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘Waris’ :
waris terdekat
maknanya seorang abang atau kakak
Anggota yang sudah berkahwin – Suami atau isteri atau anak Anggota yang bujang – Ayah atau ibu atau waris terdekat atau penama
‘Lembaga’
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.

3. Tujuan

Tujuan Tabung Khairat Kematian ini diwujudkan ialah sebagai sumbangan mengurus kematian anggota kepada warisnya.

4. Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi Tabung Khairat Kematian Koperasi ini adalah daripada :-

  1. pengagihan keuntungan bersih koperasi dan
  2. derma dan sumbangan yang diterima khas untuk Tabung Khairat Kematian ini.

5. Pentadbiran Tabung

Tabung Khairat Kematian Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Tabung Khairat Kematian yang dilantik oleh Lembaga Koperasi ini di bawah undang-undang kecil 45(2)(v).

6. Kelayakan

Waris kepada anggota Koperasi yang telah diterima keanggotaannya adalah layak untuk menerima dari Tabung    Khairat Kematian Koperasi ini.

7. Permohonan

  1. Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan derma dari Tabung Khairat Kematian Koperasi ini hendaklah disertakan salinan sijil kematian atau permit kubur dan salinan kad pengenalan pewaris.
  2. Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen yang mengesahkannya.

8. Derma

Sumbangan kepada anggota yang layak adalah sebanyak RM 1000.00.

9. Memproses Permohonan

  1. Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Tabung Khairat Kematian Koperasi ini.
  2. Jawatankuasa kecil ini hendaklah menentukan permohonan-permohonan itu dibuat mengikut kehendak dan syarat-syarat Aturan-aturan ini  sebelum diperakukan oleh Lembaga.

10. Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek.

11. Penggantungan Derma

  1. Jika kedudukan Tabung Khairat Kematian Koperasi ini mengalami kesulitan kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
  2. Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung Khairat Kematian ini.

12. Makluman Kepada Mesyuarat Agung

Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Tabung Khairat Kematian ini serta membuat cadangan-cadangan bagi menambahbaikkannya.

13. Pertikaian

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang kecil 80 Koperasi ini.

Anda berada di sini:UTAMA PEMBIAYAAN ATURAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN