PINJAMAN AL-QARD

Pinjaman  kebajikan, atau Al Qard merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan.

Maksimum pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM2,000.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM205.00 sebulan dan tempoh maksimum adalah 10 bulan.

Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah “AL QARD”, iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.

Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM50.00 kepada pemohon berjaya.

 

Syarat & Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Kebajikan, sepertimana yang disenaraikan dalam Aturan Pembiayaan Kebajikan ialah:

      1. Anggota yang ingin memohon mestilah menjadi anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
      2. Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman terdahulu haruslah tidak melebihi 70% daripada gaji anggota.
      3. Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.
      4. Anggota tidak boleh memohon lagi sekiranya masih mempunyai baki (pembiayaan kebajikan).

 

Prosedur Permohonan

      1. Dapatkan borang permohonan pinjaman dari pejabat Koperasi UTM Berhad atau cetak borang yang dimuat turun dari laman web KUTMB.
      2. Isi borang permohonan dan sertakan bersama:
        • Salinan Kad Pengenalan pemohon
        • Salinan Penyata Gaji terkini pemohon (tanpa penjamin)
      3. Hantar borang permohanan dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke pejabat koperasi yang terdekat.

 

Kelulusan

Kelulusan pinjaman diberi serta-merta.

 

____________________________________________________________________

 

_____________________________________________________________________________

 

 

 

Anda berada di sini:UTAMA PEMBIAYAAN PINJAMAN AL-QARD