Terdapat beberapa aturan-aturan yang diwujudkan untuk setiap aktiviti koperasi.
Isi Kandungan
- Aturan-aturan ini dinamakan "Aturan Pembiayaan Kemudahan" Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
- Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi.
Di dalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran
berikut adalah dipakai:-
-
'Koperasi'
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
-
'Anggota'
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
-
'Penjamin'
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad yang mempunyai caruman berturutan dan menjamin anggota yang lain dalam perkara membuat pinjaman atau pembiayaan barangan.
-
'Lembaga'
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
- Bagi maksud Aturan-aturan ini, pembiayaan kemudahan merupakan pinjaman yang dikeluarkan kepada anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad untuk digunakan bagi pelbagai tujuan.
Kewangan bagi pinjaman kemudahan ini adalah diperolehi daripada:-
- Yuran anggota
- Tabung pusingan pembiayaan
Lembaga melalui Mesyuarat Agung telah menetapkan bahawa syarat asas dan kelayakan untuk membuat pembiayaan adalah:-
- Mestilah terdiri daripada anggota Koperasi ini dan mempunyai jumlah syer ditetapkan (RM500.00).
- Jumlah pembiayaan berdasarkan lapan (8) kali jumlah caruman pada kadar maksimum RM 40,000.00 dan jumlah potongan bulanan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
- Surat rayuan beserta dokumen-dokumen sokongan seperti penyata punca pendapatan yang lain, penyata bank 3 bulan terakhir dan penyata pendapatan pasangan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang pinjaman apabila anggota memohon pembiayaan lebih daripada jumlah kelayakan.
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah selama 10 tahun dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan seperti berikut :~
-
1-3 tahun = 4.5%
4-10 tahun = 5.0%
- Permohonan semula pembiayaan (overlapping) hanya boleh dimohon sekurang-kurangnya setelah satu (1) tahun potongan gaji pembiayaan yang terdahulu.
- Pemohon juga boleh membuat overlapping dengan pembiayaan trading / elektrik.
Bagi tujuan membuat pembiayaan kemudahan ini, anggota dimestikan melalui proses-proses berikut :-
- Mengisi borang pembiayaan kemudahan yang disediakan termasuk butiran dua orang penjamin (jawatan setara atau lebih).
- Menyertakan salinan kad pengenalan bersama-sama dengan salinan slip gaji terkini
dan juga penjamin (sebulan).
- Bagi anggota yang mempunyai jumlah caruman melebihi daripada jumlah pembiayaan iaitu berdasarkan
80% daripada jumlah caruman, maka permohonan pembiayaan boleh dibuat tanpa disertakan dengan penjamin.
- Menyatakan jumlah pinjaman yang dipohon mengikut kelayakan.
- Lembaga mempunyai kuasa mutlak bagi meluluskan permohonan anggota untuk mendapatkan kemudahan
pembiayaan mengikut anggaran kelayakan atau lebih atas budi bicara pihak lembaga.
- Segala kelulusan dibuat di dalam Mesyuarat Lembaga yang diadakan sekali dalam sebulan bagi
meluluskan permohonan pinjaman dan perkara-perkara berbangkit yang lain.
- Semua pemohon yang berjaya hendaklah membaca, meneliti, memahami dan menandatangani surat
perjanjian pinjaman pembiayaan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang berjaya perlu membayar duti setem berjumlah 5% atas pembiayaan yang melebihi RM10,000.00 dan RM50.00 atas pembiayaan yang kurang daripada RM10,000.00
Skim insuran perlindungan pinjaman diwujudkan bagi melindungi pembiayaan anggota.
Isi Kandungan
- Aturan-aturan ini dinamakan "Aturan Pembiayaan Kebajikan" (Qardhul-Hassan) Koperasi
Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
- Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan berkuatkuasa
selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.
Di dalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran
berikut adalah dipakai:-
-
'Koperasi'
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
-
'anggota'
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
-
'kecemasan'
maknanya kematian ahli keluarga, bencana alam, pembelajaran, ahli keluarga sakit, kemalangan,
pembedahan dan pembelian ubat tertentu.
-
'lembaga'
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
- Bagi maksud Aturan ini, pembiayaan kebajikan (Qardhul-Hassan) merupakan pembiayaan yang dikeluarkan
dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah
yang boleh dipertimbangkan.
- Jumlah pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM 600.00 yang mana pembayaran balik dibuat
melalui potongan gaji sebanyak RM 64.00 sebulan dan tempoh maksimum selama sepuluh bulan.
Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah "AL QARDHUL-HASSAN" iaitu memberi hutang sejumlah wang
tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama. Pembiayaan kebajikan
ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM 40.00 kepada pemohon yang berjaya.
Pihak Lembaga telah menetapkan bahawa syarat asas dan kelayakan untuk membuat pembiayaan kebajikan ini
mestilah :~
Terdiri daripada anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
Mempunyai jumlah syer yang telah ditetapkan (RM 500.00)
Tidak mempunyai baki pembiayaan kebajikan (Qardhul Hassan) yang dahulu.
Bagi tujuan memohon pembiayaan kebajikan ini, anggota dimestikan melalui proses-proses berikut :-
- Mengisi borang pembiayaan kebajikan yang disediakan tanpa perlu disertakan penjamin.
- Menyertakan salinan slip gaji terkini pemohon.
- Kelulusan diberikan serta-merta kepada pemohon yang layak.
Sejumlah peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi ini.
Isi Kandungan
- Aturan ini adalah dinamakan "Aturan Tabung Khairat Kematian' Koperasi Universiti
Teknologi Malaysia Berhad.
- Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang kecil 45(2)(w) dan berkuatkuasa selepas
persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.
Didalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya. Maka tafsiran
berikut adalah dipakai:-
'Koperasi'
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
'anggota'
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
'Waris' :
waris terdekat
maknanya seorang abang atau kakak
Anggota yang sudah berkahwin - Suami atau isteri atau anak
Anggota yang bujang - Ayah atau ibu atau waris terdekat atau penama
'Lembaga'
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
Tujuan Tabung Khairat Kematian ini diwujudkan ialah sebagai sumbangan mengurus kematian anggota kepada
warisnya.
Sumber kewangan bagi Tabung Khairat Kematian Koperasi ini adalah daripada :-
- pengagihan keuntungan bersih koperasi dan
- derma dan sumbangan yang diterima khas untuk Tabung Khairat Kematian ini.
Tabung Khairat Kematian Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Tabung Khairat Kematian
yang dilantik oleh Lembaga Koperasi ini di bawah undang-undang kecil 45(2)(v).
Waris kepada anggota Koperasi yang telah diterima keanggotaannya adalah layak untuk menerima dari Tabung
Khairat Kematian Koperasi ini.
- Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan derma dari Tabung Khairat Kematian Koperasi ini
hendaklah disertakan salinan sijil kematian atau permit kubur dan salinan kad pengenalan pewaris.
- Permohonan tersebut hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen yang mengesahkannya.
Sumbangan kepada anggota yang layak adalah sebanyak RM 500.00.
- Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Tabung
Khairat Kematian Koperasi ini.
- Jawatankuasa kecil ini hendaklah menentukan permohonan-permohonan itu dibuat mengikut kehendak
dan syarat-syarat Aturan-aturan ini sebelum diperakukan oleh Lembaga.
Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek.
- Jika kedudukan Tabung Khairat Kematian Koperasi ini mengalami kesulitan kewangan, maka Lembaga
hendaklah menggantung aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
- Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling mengenai penggantungan
atau pemulihan semula Tabung Khairat Kematian ini.
Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti
Tabung Khairat Kematian ini serta membuat cadangan-cadangan bagi menambahbaikkannya.
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan
mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang kecil 80
Koperasi ini.
Isi Kandungan
- Aturan ini adalah dinamakan "Aturan Tabung Kebajikan Am" Koperasi Universiti
Teknologi Malaysia Berhad
- Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan
berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.
Di dalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya,
maka tafsiran berikut adalah dipakai :-
'Koperasi'
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
'anggota'
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
'Waris'
Waris terdekat – Seorang kakak atau seorang abang
Anggota yang sudah berkahwin - Suami atau isteri atau anak.
Anggota yang masih bujang – Ayah atau ibu atau waris terdekat atau penama.
'Lembaga'
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
- Tujuan Tabung Kebajikan Am ini diwujudkan ialah untuk:
- membantu anggota atau waris anggota yang sakit dan tidak berupaya mengikut bil atau RM 500 atau amaun yang tidak melebihi jumlah tersebut.
- membantu anggota-anggota yang ditimpa bencana.
- memberi sumbangan kepada anggota-anggota yang menunaikan fardhu haji buat kali pertama.
- memberi sumbangan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
- memberi sumbangan kepada anggota yang berkahwin buat kali pertama sebanyak Rm100.00
- memberikan sumbangan kepada anggota yang dimasukkan ke hospital lebih daripada 3 hari sebanyak Rm100.00
- Bantuan yang disalurkan kepada anggota tertakluk kepada budi bicara Lembaga Koperasi ini.
Sumber kewangan bagi Tabung Kebajikan Am Koperasi ini adalah diperolehi daripada:-
- sumbangan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus (10%) daripada baki keuntungan bersih Koperasi selepas ditolak pembahagian-pembahagian seperti yang disebutkan oleh Undang-undang kecil 65.
- derma dan sumbangan luar yang diterima khas untuk Tabung Kebajikan Am ini.
- Tabung Kebajikan Am Koperasi ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kecil Kebajikan Am yang dilantik oleh Lembaga Koperasi di bawah Undang-undang kecil 45 (2)(v).
- Mereka yang diberi kuasa mengeluarkan wang oleh Undang-undang Kecil Koperasi adalah dengan sendirinya menjadi ahli Jawatankuasa Kecil ini.
Tahun Kewangan Tabung Kebajikan Am Koperasi hendaklah bermula pada 1hb Januari dan
berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
- Lembaga Koperasi bolehlah apabila difikirkan sesuai melaburkan semua atau sebahagian daripada wang Tabung Kebajikan Am ini di dalam mana-mana badan atau pertubuhan atau di dalam apa-apa bentuk sekalipun tertakluk kepada Undang-undang Kecil 63 Koperasi.
- Apa-apa perolehan daripada pelaburan ini hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Am ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan tabung atau dilaburkan semula bagi menambah kewangan Tabung Kebajikan Am Koperasi ini.
- Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan derma dari Tabung Kebajikan Am Koperasi ini disertakan bersama - sama dokumen - dokumen yang mengesahkannya.
- Derma kepada pemohon-pemohon yang layak adalah tidak melebihi kadar berikut :-
- Sumbangan anggota yang ditimpa bencana alam atau musibah yang lain:-
Kebakaran kediaman – RM 500
Banjir kediaman – RM 500
- Sumbangan anggota yang menunaikan fardhu haji buat pertama kali iaitu sebanyak RM 300
- Sumbangan Hadiah Kecemerlangan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam
peperiksaan iaitu:-
- UPSR (5A) - RM 75
- PMR (Minimum 8A) - RM 100
- SPM (Minimum 6A1) - RM 150
- STPM (5P) - RM 200
- Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan ini bergantung kepada kedudukan kes dan kewangan Tabung Kebajikan Am Koperasi ini, tetapi semua pembayaran tidaklah boleh melebihi had maksimum yang telah ditetapkan itu.
- Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Tabung Kebajikan Am Koperasi ini.
- Jawatankuasa kecil ini hendaklah menentukan permohonan-permohonan itu dibuat mengikut kehendak dan syarat-syarat Aturan-aturan ini sebelum diperakukan kepada Lembaga.
- Perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Koperasi.
- Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali apa-apa amaun yang tidak melebihi RM 100.
- Bayaran hanya akan dibuat setelah Jawatankuasa Tabung Kebajikan Am ini meluluskannya. Segala pembayaran hendaklah dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk disahkan.
- Jika Tabung Kebajikan Am Koperasi ini mengalami kesulitan kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.
- Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan semula Tabung Kebajikan Am ini.
Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti
tabung Kebajikan Am ini serta membuat cadangan-cadangan bagi menambahbaikkannya.
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Aturan-aturan ini atau timbul apa-apa
perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut
Undang-undang Kecil 80 Koperasi ini.