
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan khas untuk anggota-anggota koperasi ialah kemudahan kredit. Selain membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota, ianya juga merupakan antara sumber utama kewangan koperasi.
Pembiayaan-pembiayaan yang ditawarkan ialah:
Pembiayaan kemudahan merupakan pinjaman yang dikeluarkan oleh Koperasi kepada Anggota-anggota yang mencarum dengan Koperasi yang berkelayakan dengan kadar faedah yang rendah.
Amaun maksima yang dibenarkan ialah RM 40,000.00, atau lapan kali ganda daripada jumlah caruman yuran terkumpul, yang mana yang lebih kecil.
Kadar faedah yang dikenakan ialah 4.5% setahun bagi pinjaman bertempoh kurang dari 3 tahun, 5% setahun bagi tempoh lebih daripada 3 tahun. Pembayaran semula dilakukan melalui potongan gaji. Kelayakan pembiayaan berdasarkan 8 kali caruman. Tempoh maksima pembayaran dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun.
Caj pemprosesan ditetapkan pada RM50 untuk pinjaman sehingga RM 10,000, atau 0.5% bagi pinjaman melebihi RM 10,000.00.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Kemudahan, sepertimana yang disenaraikan dalam Aturan Pinjaman Kemudahan ialah:
Pembiayaan kebajikan, atau Qardhul-Hassan merupakan pembiayaan yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan.
Jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah sebanyak RM600.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM64.00 sebulan dan tempoh maksimum adalah 10 bulan.
Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah "AL QARDHUL HASSAN", iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.
Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM40.00 kepada pemohon berjaya.
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Kemudahan, sepertimana yang disenaraikan dalam Aturan Pembiayaan Kebajikan ialah:
Kelulusan pinjaman diberi serta-merta.