
Sehingga 17 Oktober 2011, Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad mencatat keanggotaan seramai 2712 orang, yang terdiri daripada kakitangan akademik, profesional dan staf-staf sokongan iaitu seramai 2418 di Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai dan 294 di Kuala Lumpur.
Oleh itu bagi menambahkan lagi keanggotaan Koperasi maka pihak Lembaga Pengarah Koperasi dengan ini menjemput kepada semua kakitangan Universiti yang masih belum menjadi anggota Koperasi supaya segera mendaftar sebagai anggota melalui laman ini dan supaya dapat bersama-sama menjayakan gerakan koperasi baik di negeri Johor sendiri mahupun di Kuala Lumpur.