
Koop Elektromart merupakan sebuah unit perniagaan barangan elektriks dan trading yang dijalankan dibawah Projek Khas Koperasi UTM Bhd yang bermula operasi pada 12 November 1982.Koop Elektromart mula berkembang menjadi sebuah unit perniagaan yang memberi sumbangan yang penting bagi koperasi UTM bad dan anggotanya. Bagi tahun 2009, Koop Elektromart telah mencapai Jualan sebanyak RM 2,849,681.51.
![]() |
Antara aktiviti Koop Elektromart sehingga kini ialah penjualan pelbagai barangan elektriks, servis dari panel-panel Koop Eletromart dan perkhidamatan insurans serta roadtax secara kredit kepada anggota Koperasi UTM Bhd. Antara Servis panel-panel Elektromart yang terlibat ialah pembelian Perabot, Motorsikal, Barang kemas, Kabinet rumah, Cermin mata,Servis kerta dan tayar, Ubah suai rumah, Pemasangan NGV, Insurans Takaful kemalangan diri dan Kad ahli hospital pakar. Selain penjualan kepada anggota Koperasi UTM Bhd, Koop Elektromart juga terlibat dengan tender-tender pembekalan barang kepada jabatan-jabatan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
![]() |
Waktu operasi Koop Elektromart dan bilik Pameran bermula pada 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebarang Maklumat boleh terus ke lbu Pejabat beralamat seperti di bawah:
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Koop Elektromart
16, Jalan Besi 2,
Taman Sri Putri,
81300 Skudai,
Johor.
Tel:(+607) 558 5719 / 557 4922 / 556 3521