banner
Koop Kafe

    Koop Kafe (Kiosk) ini merupakan cabang perniagaan yang baru diwujudkan di Koperasi UTM Berhad ini. Ianya memulakan operasi pada 1hb Jun 2003 di Kafeteria Kolej Kedua, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dengan nama K’Kafe. Seorang penyelia dengan dibantu oleh beberapa orang pekerja sambilan menjalankan operasi harian perniagaan ini yang menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti jualan minuman kepada pelajar-pelajar di kolej berkenaan. Siaran satelit ASTRO disediakan sebagai tarikan dan hiburan kepada pelajar sambil menikmati juadah makanan dan minuman.

     

    kbc1