
Selain menawarkan kemudahan dan perkhidmatan khusus untuk anggota-anggota kami, Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad juga menceburi bidang perniagaan umum, untuk mempromosikan koperasi kepada khalayak ramai, dan pada masa yang sama juga meningkatkan pendapatan koperasi secara keseluruhan.
Perniagaan kami buat masa sekarang bertumpu kepada golongan pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia . Koperasi akan memperluaskan lagi skop perniagaannya secara beransur-ansur dan menurut permintaan semasa.

Koop Book Centre, cabang perniagaan utama kami membekal dan menjual buku-buku serta alat tulis. Terletak di dalam kawasan Universiti, lokasi strategiknya memudahkan urusan pelajar-pelajar dengan koperasi.

Koop Minimart memudahkan pelajar mendapatkan barangan kegunaan harian dengan harga yang sangat berpatutan.

Koop Elektromart menjual peralatan elektrik rumah, alatan telekomunikasi serta komputer. Kemudahan bayaran ansuran melalui potongan gaji menjadikannya tarikan kepada anggota-anggota koperasi yang kesuntukan wang.
Koop Trading memperluas lagi skop Koop Elektromart dengan menawarkan kemudahan bayaran ansuran melalui potongan gaji terhadap pembelian perabot, peralatan, kemudahan dan perkhidmatan dari panel-panel koperasi yang terpilih.
Koop Kafe, cabang perniagaan baru kami menyajikan pelbagai makanan dan minuman ringan disamping menjadi tempat perbincangan pelajar-pelajar.