Koop Trading

    Koop Trading telah diwujudkan sejak tahun 2002 berdasarkan agihan aktiviti Koop Elektromart. Koop Trading diwujudkan bagi memperluaskan aktiviti kebajikan anggota koperasi UTM Bhd. Koop Trading merupakan perniagaan usaha sama antara Koop Elektromart dengan Panel-Panel Koperasi UTM Bhd. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh panel–panel kami ialah Perniagaan perabot, Motorsikal, Basikal, Barang kemas, Kabinet rumah, Cermin mata, Servis kereta dan tayar, Ubah suai rumah, Pemasangan NGV, Insurans Takaful kemalangan diri dan Kad ahli hospital pakar. Panel-panel ini dilantik secara rasmi dan pembelian dibuat melalui surat sebut harga. Perlantikan panel serta prosedur pembelian adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam aturan–aturan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong Perwakilan.

    Prosedur Pembelian Barang melalui Panel Koop Trading adalah seperti berikut:

    1. Anggota dikehendaki Mendapatkan surat sebut harga (quotation) barangan dari panel-panel yang dilantik.
    2. Quotation tersebut hendaklah dibawa ke Koop Trading untuk disahkan kelayakan pembiayaan barangan berdasarkan jumlah gaji bersih pemohon.
    3. Setelah disahkan kelayakan pemohon perlu mengisi boring pemohonan perjanjian pembelian.
    4. Pembayaran pertama secara tunai perlu dibuat setelah dibahagi mengikut tempoh yang dipersetujui dan diikuti dengan insurans pembiayaan pembelian.
    5. Salinan Pesanan belian yang diberikan oleh pihak Koop Trading kepada panel perlu diserahkan kepada panel berkenaan.