
Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad ditadbir dan dikawal selia oleh Ahli Lembaga Koperasi, iaitu 11 orang termasuk seorang Pengerusi, Setiausaha dan juga Bendahari yang dilantik oleh anggota-anggota Koperasi dalam Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan setiap tahun. Lima orang yang menganggotai Jawatankuasa Audit Dalaman turut dilantik pada Mesyuarat tahunan itu.
Kakitangan pengurusan juga turut terlibat secara langsung dalam segala aktiviti koperasi.