banner
Profil KUTMB

Objektif

  • Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, warga kampus dan masyarakat umum.

  • Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.

  • Meningkatkan kemudahan pinjaman dan pendahuluan kewangan tanpa kadar bunga kepada anggota.

  • Meningkatkan faedah perlindungan kebajikan khairat/insuran secara percuma kepada anggota dan keluarga anggota.

  • Meningkatkan program pendidikan dan latihan kemahiran pengurusan dan perniagaan secara percuma/subsidi kepada anggota.

  • Meningkatkan program motivasi dan program akademik secara percuma subsidi kepada keluarga anggota.

  • Meningkatkan nilai sumbangan/derma/hadiah/bantuan kebajikan yang bersesuaian kepada anggota, keluarga anggota, warga kampus, universiti dan masyarakat.

  • Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan negara.

  • Meningkatkan pulangan kawalan dalam bentuk sewa dan premium kepada universiti.

  • Memindahkan sebahagian besar tanggungjawab universiti bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian staf keluarga.

Misi

    Memupuk semangat bekerjasama, setiakawan dan tanggungjawab di kalangan anggota supaya menjadi warga universiti ini yang produktif, ceria dan prihatin terhadap kehidupan sejagat.

Visi

    Menjadikan Koperasi UTM Berhad sebagai koperasi rujukan di peringkat antarabangsa sesuai dengan proses pengantarabangsaan UTM.

Motto

    Kita Bersama